Puding ni dah lama buat ni sebenarnya. Puding ni rasanya memang mabeles. campuran rasa caramel, dan coklat. makan sejuk2 memang le amat best. salah satu feveret abi. resepi asalnya ambik kat sini. n umi c&p kat sini pulak.
Bahan:(A)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
(C)
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.
*** Buat hanya separuh adunan,guna semua bahan A sahaja dan 1 sb madu dan bahagi 2
- 1/2 campur 1 sk vanila
- 1/2 campur 1 sk emulco tapis dan kukus dlm loyang kecil berselang-seli.
No comments:
Post a Comment