AlhamduliLlah.. dah lama umi berhajat nak buat blog nie. tujuan nyer nak merakamkan setiap kenangan umi dgn anak2 umi. untuk memberitahu betapa sayangnya umi pada anak2 umi. betapa dalam nya kasih umi pada anak2 umi. umi harap blog nie akan dapat di manfaatkan sebaik-baiknya oleh umi untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang dalam keluarga umi. Setinggi syukur umi panjatkan kepada Allah.. akhirnya tahun ini,15 julai, umi dianugerahkan seorang lagi permata hati yang maha berharga..lebih berharga dari segunung emas..selaut intan.. nur ilmi amani..kehadiran adik amat membahagiakan.. melengkapkan keluarga kita setelah abang long, muhammad nabil aiman mencecah 3 tahun 1 bulan. syukur yang tidak terhingga kerana segalanya dipermudahkan oleh Allah.. terima kasih Maha Pencipta, kerana menganugerahkan kebahagiaan ini kepada kami.. AlhamduliLlah..